Isu kenaikan minyak merupakan perkara yang paling hangat dibicarakan kini, dan tidak dinafikan pelbagai pendapat dan pandangan di utarakan untuk membincangkan isu ini. Saya melihat isu ini sebagai isu global dan tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, pelbagai langkah-langkah drastik telah diambil oleh kerajaan-kerajaan diseluruh dunia untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dunia. Namun demikian, kita perlu melihat isu ini juga sebagai isu setempat kerana ia melibatkan masyarakat Malaysia yang sudah semestinya mempunyai kelainan dari masyarakat lain di dunia.
Mungkin terdapat pelbagai penilaian dan pertimbangan yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada masyarakat. Pemberian subsidi secara tunai umpamanya. Namun, kenyataanya di sini adalah sejauh mana penerimaan isu ini oleh masyarakat. Kita tidak dapat nafikan bahawa harga minyak dunia kini mencecah U$130 setong, tetapi kenaikan yang drastik dan cukup tinggi ini amat membebankan masyarakat. Malahan saya sebagai salah seorang mahasiswa di Malaysia ini, sedikit sebanyak isu kenaikan harga minyak ini akan melibatkan mahasiswa. Mahasiswa yang mempunyai kenderaan seperti motosikal mahupun kereta dan hanya bergantung dengan pinjaman atau biasiswa akan turut merasai tekanan kenaikan harga minyak ini.
Disini saya memetik kata-kata dari blog-blog lain yang lain
Tun Dr Mahathir Muhammad (Perdana Menteri Malaysia 1981-2003)
“Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.”
http://www.chedet.com
Dato' Shahrir Abdul Samad (Menteri KPDN & HEP)
“rakyat pula memperoleh penjimatan menerusi bayaran tunai yang ditetapkan kerajaan. "Kemarahan orang kepada saya, saya faham. Tetapi saya sendiri pun tak dapat faedah dan kerajaan tidak dapat untung. "Malah, paling penting sekarang ialah memastikan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan dibuat segera. Maka rakyat patut fikir begitu”
http://shahrir-umno.umnojb.com.my
Datuk Paduka Haji Husam Musa (Ahli Parlimen Kubang Kerian)
“Malaysia – masih kekal bertaraf ‘net exporter’ minyak. Minyak dari perut bumi yang kita keluarkan setiap hari adalah lebih besar dari minyak yang dibeli untuk kegunaan kita sendiri. Lebihan sekitar 250,000 hingga 300,000 tong sehari bergantung kepada naik turun jumlah pengeluaran sama ada 650,000 atau 700,000 tong. (Mengambil kira 400,000 tong kita gunakan untuk membayar minyak yang kita import untuk kegunaan domestik, kita ada lebihan kasar sebanyak RM 43 billion setahun dengan harga minyak USD 124 satu tong sekarang). Itu adalah keadaan di mana harga minyak di subsidi seratus peratus atau tong ke tong!”
http://profile-husammusa.blogspot.com
Sdra Afandy Bin Sutrisno Tanjung (YDP MPMUM)
“Pada hemat saya, kenaikan secara beransur dan berkala adalah lebih wajar, misalnya pada tahap awal mungkin dinaikkan sebanyak 30sen, kemudian pada beberapa bulan yang seterusnya boleh ditambah lagi bergantung dengan penambahan sosioekonomi rakyat. Bukan seperti ini yang mana naik mendadak sebanyak 40 peratus bagi petrol dan 63 peratus bagi diesel di mana ini amat-amat membebankan rakyat.Justeru, di sini pendirian dipihak mahasiswa ialah mendesak agar pihak Kerajaan meneliti semula perkara ini supaya dapat memastikan kebajikan masyarakat yang rata-ratanya kenaikan ini amat-amat membebankan semua.”
http://afandytanjung.blogspot.com

Categories:
umum
0 comments:
Post a Comment