Jun 6, 2008

Pembuka Bicara


Assalamualaikum dan salam perpaduan. Sebagai pembuka bicara bagi blog baru ini. Kepada semua blogger di luar sana, saya mengucapkan tahniah diatas perkembangan dunia blogger yang memberangsangkan sehingga teruja diri yang kerdil ini untuk turut serta bersama kalian semua dalam dunia blog. Namun kalau difikirkan akan kekuatan diri untuk turut serta, ia seperti si semut yang bercita-cita mendaki gunung Everest, ia tidak mustahil tapi sukar dicapai, walaubagaimanapun andai adanya kemahuan disitu adanya jalan. Sempena nama blog ini iaitu Desire dan bermoto kan “If you have the desire, distance doesn't matter” Saya akan bersama anda semua untuk bersama menongkah badai dan ketenangan ombak dalam dunia blog ini.

Seperti yang dinyatakan , dengan ketiadaan pengalaman saya akan cuba untuk menghasilkan blog yang mempunyai identitinya yang tersendiri dan berlainan dengan yang sedia ada. Tetapi saya tidak dapat lari daripada mengambil kira dan mengikuti fitrah asal blog-blog lain yang telah diterima oleh semua pembaca dan peminat blog. Diharap segala kelemahan dalam saya mengupas isu-isu atau menerangkan sesuatu perkara dalam blog ini akan dapat di pertimbangkan dan saya berharap untuk mendapat tunjuk ajar dari kalian yang telah berpengalaman. Segala apa yang disampaikan adalah berbentuk pendapat pribadi yang mana ia menjadi hak seseorang manusia itu untuk bersuara selagi ia tidak memudaratkan hak-hak orang lain. Terima Kasih.

Categories:

0 comments: