SAYYID Qutub berkata: "Di sebelah lembaran yang bertentangan dengan lembaran yang menayangkan kekafiran dan dosa serta ancaman terhadap pendokong-pendokong sistem riba itu ditayangkan pula keimanan dan amalan yang soleh, sifat-sifat kelompok mukmin dalam aspek ini dan tapak asas kehidupan yang ditegakkan di atas sistem zakat yang bertentangan dengan sistem riba."Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (al-Baqarah: 277 & 278)
Sayyid Qutub berkata: "Unsur yang muncul di lembaran ini ialah unsur zakat, iaitu unsur pengorbanan tanpa gantian dan pulangan. Ayat ini memperlihatkan sifat orang yang beriman dan asas masyarakat mukmin, kemudian menayangkan gambaran keamanan, ketenteraman dan keredaan Allah yang dilimpahkan ke atas masyarakat mukmin ini.
Zakat merupakan tapak asas masyarakat yang bertakaful dan saling bantu-membantu, iaitu masyarakat yang tidak memerlukan kepada jaminan sistem riba di dalam mana-mana aspek kehidupan.
Gambaran zakat telah menjadi kabur di dalam perasaan kita dan dalam perasaan generasi umat Muslimin yang malang yang tidak pernah melihat sistem Islam dilaksanakan di alam kenyataan. Mereka ini pula tidak pernah melihat sistem itu dibangunkan di atas kefahaman keimanan, didikan keimanan dan akhlak keimanan untuk membentuk jiwa manusia dengan pembentukan istimewa.
Kemudian membangunkan untuk mereka satu sistem yang dapat melahirkan kefahaman mereka yang betul, akhlak mereka yang bersih dan budi pekerti mereka yang tinggi. Kemudian ia menjadikan zakat sebagai asas sistem ini untuk menggantikan sistem jahiliah yang ditegakkan di atas asas riba dan menjadikan hidup manusia berkembang subur. Seterusnya ekonomi mereka meningkat maju melalui usaha perseorangan atau melalui usaha saling bantu membantu yang bersih daripada riba.
Gambaran zakat telah menjadi semakin kabur sehingga generasi pada zaman sekarang ini memikirkannya sebagai derma belas kasihan individu yang sangat kecil yang tidak boleh dibangunkan di atas asasnya satu sistem yang moden, tetapi hasil zakat itu amatlah besar.
Ia memungut dua setengah peratus daripada harta modal orang ramai dan keuntungannya. Ia dikeluarkan oleh orang yang dicipta dan didikan oleh Islam dengan didikan istimewa melalui bimbingan perundangan dan sistem hidup yang membuat pemikiran mereka mengatasi hati nurani mereka yang tidak pernah hidup di dalam sistem ini.
Ia dipungut oleh kerajaan Islam sebagai satu bayaran yang wajib bukan sebagai derma kasihan belas individu. Dengan hasil pungutan zakat inilah kerajaan dapat membantu kelompok Muslimin yang lemah hasil pendapatan peribadi mereka supaya setiap orang merasa bahawa hidupnya dan hidup anak-anaknya adalah terjamin dalam segala keadaan dan supaya yang berhutang dapat dibayar hutangnya daripada hasil pungutan zakat sama ada hutang perniagaan atau bukan perniagaan.
Yang penting bukannya bentuk sistem itu, tetapi jiwa dan semangatnya. Masyarakat yang dididik oleh Islam melalui bimbingan, undang-undang dan peraturannya adalah sebuah masyarakat yang sepadu dengan bentuk sistem dan tata caranya, sepadu dengan undang- undang dan bimbingan-bimbingan. Daripada hati nurani dan susunan masyarakat yang sepadu inilah lahirnya semangat takaful.
Hakikat ini mungkin tidak dapat difahami orang yang lahir dan membesar di bawah naungan sistem kebendaan yang lain, tetapi bagi kita selaku penganut Islam itulah hakikat yang kita kenali dan kita kecapi dengan selera keimanan kita.
Dan jika mereka tidak merasakan kecapan ini kerana nasib mereka yang malang dan kerana nasib umat manusia yang dipimpin mereka juga malang.
Maka biarlah ini menjadi habuan mereka dan biarlah mereka dinafikan daripada menikmati kebaikan yang disampaikan berita baiknya oleh Allah kepada orang yang beriman, yang mengerjakan amalan yang soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat itu.
Biarlah mereka dinafikan daripada menikmati ketenteraman dan kepuasan di samping dinafikan daripada ganjaran dan pahala. Kerana mereka dinafikan daripada kenikmatan itu dengan sebab kejahilan, jahiliah, kesesatan dan kedegilan mereka sendiri.

Categories:
tarbiyyah
0 comments:
Post a Comment