Apa itu Ujian Allah SWT?.
Ujian adalah ketahanan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa, yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak.
Jika ia lolos ujian, Alhamdullilah, ia akan beroleh Surga!. Tetapi jika ia gagal, ia akan disumbat ke dalam Neraka Allah!. Waliyazubillah!.
Ujian datang kepada semua golongan, baik kecil besar, tua muda, kaya miskin, beragama Islam atau kafir. Yang kaya teruji, yang miskin juga teruji!.
Daripada teruji kosong begitu, lebih baiklah teruji dalam keadaan kita dalam kehidupan Islam sepenuhnya!. Boleh juga dapat pahala sabar yang tiada tandingan balasannya, esok!.
Setiap ujian ada hikmah2 kebaikan dari Allah SWT yang tidak dapat dicungkil oleh akal biasa manusia.
Antaranya:-
HAKIKAT 1 : Hapus Dosa @ Tingkat Darjat
Ada dua tujuan besar yang tersirat daripada ujian Allah SWT, iaitu:-
1) Untuk menghapus dosa (jika ia seorang fasiq atau zalim), dan
2) Untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah SWT (jika ia tidak punya dosa!).
Ringkasnya, tuhan nak bagi pahala kepada orang yang sabar dan redha dengan takdir illahi.
HAKIKAT 2 : Ujian Berbentok Nikmat – Ujian Paling Sukar
Ujian didatangkan dalam dua bentok, iaitu:-
a) Ujian berbentok Susah (seperti kemalangan, kematian, kebakaran, dll).
b) Ujian berbentok Senang (seperti nikmat banglo, pajero, wanita, kuasa, dll).
Dari kedua ujian ini, ujian berbentuk nikmat yang paling sukar untuk diatasi. Hampir2 manusia boleh gelap mata dan lupa daratan kerananya.
Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Kita kembali dari Perang Badar, kepada perang yang lebih besar".
Terkejut para sahabat. "Iaitu perang melawan hawa nafsu dan syaitan".
(Berkehendakkan balak, minyak, kuasa dan harta itukan nafsu!)
Maka, kepada puak2 korporat atau yang berkehidupan mewah, berhatilah2 dengan ujian berbentok nikmat ini. Sebab tidak semestinya pemberian nikmat itu atas keredhaan Allah SWT.
Ada juga nikmat diberi tanpa keredhaan Allah SWT, iaitu disebut ‘istidraj’. Sebab kalau tak bagi jugak,... boleh jadi rosak atau jahanam satu negara dibuatnya!.
Kerana itu Allah SWT telah berfirman, kira2 yang bermaksud, "Jika Aku mengkehendaki akan seseorang itu beroleh keburukan hidup di akhirat, akan Aku bagi dia secukup2nya nikmat di atas dunia ini, supaya di akhirat nanti tidak ada sebab untuk Aku merasa belas atasnya untuk menyumbat akan ia ke dalam api neraka yang panas membakar!."
HAKIKAT 3 : Mematangkan Jemaah
Ujian perlu kepada setiap individu atau jemaah, malah negara sekalipun!. Sebab ujian boleh mematangkan jemaah atau negara berkenaan, supaya perjuangan bersih dari unsur2 subversif dari dalam.
Seperti juga sebuah perkahwinan, jika tidak bergaduh suami isteri, mana nak datang masam2 manis dalam kehidupan!. Asyik tawar, tiada 'umph'!.
Kita ambil contoh ujian pada jemaah perjuangan.
Orang masuk jemaah, tidak semestinya ikhlas untuk baiki diri. Ada yang masuk kerana kepentingan lain, seperti nak kahwin dua, nak supaya orang cium tangan dia, hormati dan tunduk kat dia, nak supaya ada pengikut yang boleh disuruh2, dan bla..bla..
Apabila berlaku ujian, mereka2 yang tidak ikhlas ini, akan dengan sendirinya terkeluar dari jemaah dengan alasan yang berbagai2.
Ini adalah suatu kebaikan kepada jemaah, kerana yang tinggal... pengikut2 yang sebenar2 setia, sabar, ‘komited’ dan berjiwa pejuang!.
Dengan demikian, perjuangan jemaah tersebut akan kembali kuat, kemas dan selaras dalam fikiran dan tindakan para pendukungnya!.
(Silap kita ni, bila berlaku pada diri atau jemaah sendiri, kita kata ada kebaikan. Tetapi bila berlaku pada musuh kita, kita kata, "Hah! Tengoklah, bala dah tuhan timpa kat depa, sebab...)
HAKIKAT 4 : Kenal Tahap Mazmumah Diri
Banyak orang tertipu dengan diri sendiri. Ramai beranggapan dirinya hebat, tabah, sabar dan tidak mudah melenting bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar.
Betul kah demikian?. Bagaimana mika boleh kata begitu, sedang mika belum diuji?.
Firman Allah SWT, "Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji".
Maka, dengan ujian tersebut kita boleh ketahui secara tak langsung akan nasib kesudahan hidup kita di akhirat, kelak!.
Sebab orang yang tidak sabar, pemarah dan mudah melenting, tandanya sifat2 mazmumah masih menebal dalam dirinya. Jika tidak diproses buang semasa di dunia ini, alamak tak melintas lah di titian Siratul Mustaqim, esok!.
Perkara ini disebut oleh Imam Ghazali r.a. dalam Kitab Ihya, bahawa apabila kita nak melintas Siratul Mustaqim kelak,.. kita akan dapati banyak halangan2 berupa pengkait atau sabit di atasnya!. Katanya, pengkait2 tersebut adalah jelmaan dari sifat2 Mazmumah semasa kita hidup di dunia.
Jika kita ada 20/30 macam sifat2 mazmumah, seperti dengki, irihati, riak, ego, dsb.nya, maka ia akan menjelma menjadi 20/30 berupa pengkait di atas titian Siratul Mustaqim!. Kalau terkait pada langkah kaki kita, alamak terjerumuslah ke bawah.. ke dalam api neraka jahanam. Waliyazubillah!.
Oleh itu, perhati2kan diri semasa menerima ujian. Supaya apabila kita memproses sifat2 mazmumah itu tadi, biar kena pada tempatnya(ubatnya). Seperti orang yang sombong, ubatnya ia kena botak kan kepala dan gantung kole kat tengkok dia.. dan pergi kat pasar dan minta orang lalu lalang, maki hamun kat dia!.
Tapi itu kaedah orang zaman dahulu. Tak relevan dengan dunia moden, sekarang. Nanti ditangkap orang, dan disumbat ke Tanjong Rambutan. Tak ke niaya!.
Jadi, pandai2lah mencari kaedah untuk memperbaiki sifat2 mazmumah supaya ianya benar2 berkesan dan selamat.
Sebab, lain orang, lain obatnya walaupun mempunyai mazmumah yang sama. Kerana hati orang lain-lain!.
Yang pasti, kita mahu highway kita di atas titian Siratul Mustaqim, 'clear' tak ada rintangan...
.. terus sahaja ke dalam Surga ke dalam dakapan isteri yang telah lama menanti, Bidadari Surga Bermata Jeli!
HAKIKAT 5 : Ujian Aqidah - Paling Berat
Ujian paling berat, ialah ujian berbentok AQIDAH. Iaitu apabila orang ramai menyesatkan pegangan kita.
Lebih2 berat lagi, ialah apabila Tok Guru sendiri (yang mengajar, mendidik dan mengasuh kita selama bertahun2 itu), tiba2 menyesatkan kita!.
Samada saja nak ‘test’ atau memangpun betul!. Wallahualam!.
Tetapi begitulah, keyakinan terhadap sifat2 Allah dan rukun2 iman yang lain, mesti diuji!.
Di`test’ dahulu sebelum diperiksa di Padang Mashyar kelak!.
Di mana salah, dan di mana silapnya kita kena tahu. Sebab nak bawa benda `aqidah’ ni, mengadap Allah Taala esok, bukan boleh buat main2. Harus jadi pegangan yang kental dan jitu dengan 100% jazam!.
Kalau sekadar 99.99% yakin, Allah SWT masih akan menolak amal kebajikan kita!. Tidak ke sia2 punya hidup. Disangka bakul penuh pahala, tetapi sampah sepenuh raga!.
Maknanya, menerusi ujian2 itu, tidaklah `aqidah’ kita last2 minit di check di Padang Mashyar.
Di dunia inilah kita buat pembetulan lagi!.
Kerana dapat tidak, setiap orang mesti ada kesalahan ‘syirik khafi’ di dalam amalannya.
Berkata ulama, “Syirik Khafi itu umpama semut hitam, berjalan di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat”.
Maksudnya, sukar untuk dikesan!.
Ringkasnya, ujian itu perlu untuk mengetahui kedudukan iman kita. Kalau tidak, Allah tak sebut pulak, “Bagaimana engkau mengatakan diri engkau beriman, sedangkan engkau belum diuji”.
Dan, iman ini ada peringkat2nya, iaitu Iman Takliq, Iman Ilmu, Iman Ayan, Iman Hak dan Iman Hakikat.
Hanya Iman Ayan ke atas sahaja yang bebas dari api neraka Allah SWT.
Disebut, tahap ‘intensiti’ aqidah hendaklah Qatie dan Jazam 100%. Keyakinan tersebut hendaklah meliputi seluruh 6 Rukun Iman, di mana keyakinan kepada sifat2 Allah SWT adalah yang pertama dan utama sekali yang perlu dipelajari.
Sebagaimana sabda Nabi SAW, “Awal-awal agama ialah mengenal Allah”.
Untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah SWT, ia mesti berasas 4 syarat, iaitu:-
1) Percaya adanya Allah SWT.
2) Jazam yang qat’i (tidak syak, zan atau waham).
3) Selari dengan yang sebenar (tidak beranggapan tuhan itu ada belalai, 10 tangan, dll).
4) Mesti ada Dalil.
Pegangan yang tidak berasaskan kepada empat(4) syarat di atas, dikira menyeleweng. Iman nya tidak sah, atau disebut beriman Takliq!.
Segala amal kebajikan jadi sia2 sahaja jika imannya tidak sah, yakni tidak diberi pahala oleh Allah SWT.
Konklusi,
Kalau ujian yang paling kuatpun (bentok aqidah) kita tidak Ugoh, maka ujian yang lain2 tuu.. remeh saja, lah!
Jan 31, 2010
HAKIKAT UJIAN ALLAH SWT
Categories:
ujian
0 comments:
Post a Comment