Jan 13, 2009

Cara Menewaskan Israel

Saya teringat satu ceramah yang mengatakan antara kandungan protokol Yahudi ada mengatakan pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menang dengan Yahudi ialah;

" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti jemaah solat Jumaat"

Apakah maknanya?

Solat subuh adalah waktu yang singkat dan paling selalu ditinggalkan oleh orang Islam kerana waktunya yang dinihari, waktu sedap tarik selimut. Apatah lagi untuk pergi solat berjemaah di Masjid atau surau.

Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang walau pun masjid tersergam indah tetapi terdapat beberapa saf sahaja yang datang berjemaah, apalagi waktu solat subuh. Fenomena di Malaysia hari ini, walau pun pahit inilah kenyataannya solat jemaah di Masijd dan surau hanya beberapa kerat sahaja yang hadir berjemaah. Kadang-kadang hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah.

Yang tersirat dari kenyataan di atas ialah umat Islam mesti bersatu dan apabila kuat iman di dada semua muslim dan sedar kepentingan solat berjemaah. Di zaman Rasulullah SAW dahulu, kalangan sahabat akan memikul keranda di depan rumah sahabat yang tidak solat berjemaah di Masjid. Begitulah kuatnya Islam di zaman tersebut dan pihak Bani Israel pun pun tidak berani angkat muka.
Hakikatnya kita semakin lemah sekarang, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua marilah penuhkan masjid dan surau, datang dolat berjemaah setiap masuk waktu bukan datang ke Masjid hanya pada hari Jumaat sahaja.

Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada saya.

Categories:

1 comments:

ROSYIDAH BINTI. YAHAYA said...

salam berjuang demi islam. sbenarnya ini bukanlah komen tetapi sedikit penghargaan kepada pihak tuan dalam mennyatakan cara untuk menewaskan israel... memang betul inilah cara yang paling ditakuti israel sbb saya ada baca dalam sebuah buka yang bertajuk " MISTERI SOLAT SUBUH". tetapi apa yg paling menyedihkan sekarang tak ramai org nak mengimrahkan masjid. sedangakan solta zuhur,asar, magrib dan isyak dilakukan dibilik apatah lagi subuh yang kononnya menganggu waktu tidur diorg... semoga rakan2 seagama kita bangun dari tidur dalm menjuangkan islam... disini ingin saya bertanya apa pandangan anda, mengenai wanita yng datang menimrahkan masjid????.....